Wednesday, November 18, 2015

Chapter 004 | May Diary

"May Diary" ni adalah salah satu app iPhone yang aku dan dia install dalam handphone masing2...apa yang specialnya..apps ni akan alert tepat jam 9pm...asal ada bunyi notify serentak, kita akan sedar dan tahu yang waktu tu sudah jam 9pm dan apps tu akan mengingatkan kami waktu ketika kami bersama..it will be a good memories...


Thursday, September 17, 2015

Chapter 003 | Modeling & Photography

Aku seorang yang minat seni..tak kisahlah sama ada seni lukis..menyanyi..dan lain lain seni..berjumpa dengan loffa buat minat aku dalam bidang fotografi menjadi lebih besar..walaupun tak besar sangat tapi bolehlah...

Kerana dia seorang model..dan aku juga berharap akan menjadi photographer dia tapi apa sangatlah sebab aku takda kamera canggih yang panjang sekaki bila di zoom..setakat guna kamera handphone bolehlah..tapi aku tetap dapat hasilkan gambar yang baik..

Dalam beberapa minggu dengan niat aku untuk membeli kamera yang canggih..aku cuba kumpulkan duit sedikit sedikit hasil dari kerja seharian aku..Bajet RM1300 untuk dapat yang baru..tapi aku tak dapat kumpul sebanyak tu..jadi aku cari jalan lain untuk dapat kamera yang lebih murah walau secondhand..

Buka mudah dot com aku jumpa seorang seller..jual kamera canon..kira murah jugalah..aku cuba dapatkan contact dan jumpa..supaya dapat deal harga terbaik..lepas check semua..settle..dan aku kini memiliki sebiji camera Canon D300..

Walaupun tak berapa tahu cara penggunaan..tapi aku cuba belajar benda basic saja..

Aku jadikan loffa sebagai model tetap..hehe..sebab aku beli kamera tu pun memang untuk ambil gambar dia sebab dia cantik dan berbakat...

Banyak sesi photoshoot yang kami buat..walau pun tak seberapa tapi bagi aku itu yang terbaik pernah aku buat..sebab bagi aku dialah segalanya..love you so much loffa...

Thursday, September 10, 2015

Chapter 002 | Sambutan Birthday Loffa

Masa tu cuaca agak panas pada waktu siang dan aku sakit demam ketika masih dalam waktu kerja. Skip kerja tu perkara biasa yang penting apa yang aku nak buat tu menjadi.

Di sekitar bandar KK aku terpusing pusing mencari kedai kek yang terbaik..tapi taklah terbaik sangat yang penting dapat memuaskan kehendak aku. Kemudian aku terjumpa satu kedai kek di area sinsuran..maklumlah cuma mampu round dikawasan berdekatan saja. Kemudian aku tempah kek tu..letak nama..nanti jam sekian sekian aku ambil..

Mungkin keadaan tidak terlalu dirancang tapi rakan2 setempat akan bersama untuk sambutan birthday dia..

Malam pun tiba lebih kurang jam 1 pagi waktu tu dia baru pulang..mungkin dia juga buat sambutan dengan kawan2nya..

Tunggu dan tunggu dan call sampai dia datang dan........"Selamat hari jadi..selamat hari jadi...selamat hari jadi loffa...selamat hari jadi..." Untuk pertama kalinya aku sambut birthday dia...

Malam itu bukan saja sekadar sambutan birthday dia..tapi malam tu juga adalah hari kami mengikat hubungan sebagai kekasih dimana waktu aku cuba meluahkan kata cinta aku dengannya..dan dia juga mengatakan yang dia juga menyintai aku...

Begitulah serba sedikit ceritanya permulaan hubungan aku dan loffa..harap perhubungan ini akan kekal selamanya...amin...

Chapter 001 | Beginning Of Story

Bukan nak cakap hubungan ni baru bermula..
Tapi nak cakap baru nak blogging cerita antara aku dan dia...Loffa...
Nama aku Yanz...penulis diari ni..

Perjalanan hubungan ni sejak 3 tahun yang lalu...pelbagai cerita suka duka..pahit manis..sedih dan gembira..sudah dilalui bersama..Alhamdulillah dengan kekuatan Cinta ni hubungan ni masih bertahan dan kami telah bertunang..

Nak diceritakan loffa adalah nama panggilannya yang agak popular..Loffa,Effa,Fifah..walaupun banyak nama panggilan tapi bagi aku dia tetap satu iaitu Nur Hafifah Binti Rustin..anak kelahiran 1991..comel dan baik orangnya...

Berminat dalam bidang kecantikan dan permodelan..tak hairan la sebab dia seorang yang menarik dan berbakat dalam bidang permodelan..

Itu adalah sebahagian tentang dia..berbalik pula kisah pertemuan antara kami berdua..opss! Next time aku akan ceritakan..hehe..

Apa pun aku berdoa agar hubungan ini akan berkekalan hingga ke anak cucu..Amin...